Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Anggota Polis Tidak Membuat Laporan Kemalangan Atas Dasar Simpati

Diterbitkan: 29 Oct 2021 8.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Subang Jaya, 29 Oktober 2021- Seorang anggota polis trafik tidak membuat laporan atas dasar simpati terhadap seorang penunggang motosikal yang melanggarnya di susur Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) menghala ke Persiaran Kewajipan di sini pada Khamis.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-anggota-polis-tidak-membuat-laporan-kemalangan-atas-dasar-simpati
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:15 MYT
Subang Jaya, 29 Oktober 2021- Seorang anggota polis trafik tidak membuat laporan atas dasar simpati terhadap seorang penunggang motosikal yang melanggarnya di susur Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) menghala ke Persiaran Kewajipan di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Tuan Abd Khalid Othman berkata, dalam kejadian pada jam 7.20 pagi, seorang anggota trafik sedang menjalankan tugas di lokasi telah dilanggar oleh penunggang motosikal jenis Yamaha Y15 yang hendak memasuki susur tersebut.

"Atas dasar simpati kepada penunggang motosikal tersebut dalam situasi yang dihadapi, maka anggota trafik terbabit tidak membuat sebarang laporan polis terhadap kemalangan yang berlaku sebaliknya meneruskan tugas di lokasi kejadian," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Tuan Abd Khalid berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan masyarakat terhadap kejadian yang menimpa anggota polis terlibat.

"Semoga hubungan ini mencerminkan silaturahim yang erat antara polis dan masyarakat, sekali gus mewujudkan persekitaran selamat," katanya.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

Sumber: Sinar Harian

'Saya tak buat laporan kemalangan atas dasar simpati'
ArtikelDiterbitkan 29 Oct 2021 8.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM