
Artikel
Artikel Pilihan Anggota Polis Cedera Dilanggar Lari
Mangsa yang bertugas di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur cedera pada kaki masih menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhr...
Petaling Jaya, 4 April 2023 - Anggota polis cedera selepas dipercayai dilanggar lari sebuah kereta di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Mentari Court, di sini, semalam.
Mangsa yang bertugas di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur cedera pada kaki masih menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras, Kuala Lumpur dan dilaporkan stabil.
"Siasatan mendapati, kereta dari arah Petaling Jaya menghala ke Kuala Lumpur bergesel dengan motosikal ditunggang anggota terbabit.
"Selepas kemalangan, pemandu kereta itu disyaki melarikan diri," katanya dalam kenyataan malam semalam.
Sumber: Harian Metro dan Polis Daerah Petaling Jaya