Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Anggota Polis Cedera Dilanggar Lari

Published: 04 Apr 2023 1.46 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Mangsa yang bertugas di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur cedera pada kaki masih menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras, Kuala Lumpur dan dilaporkan stabil.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-anggota-polis-cedera-dilanggar-lari
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:36 MYT
Petaling Jaya, 4 April 2023 - Anggota polis cedera selepas dipercayai dilanggar lari sebuah kereta di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Mentari Court, di sini, semalam.

Mangsa yang bertugas di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur cedera pada kaki masih menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras, Kuala Lumpur dan dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta Proton Saga pada 4.19 petang.

"Siasatan mendapati, kereta dari arah Petaling Jaya menghala ke Kuala Lumpur bergesel dengan motosikal ditunggang anggota terbabit.

"Selepas kemalangan, pemandu kereta itu disyaki melarikan diri," katanya dalam kenyataan malam semalam.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.hmetro.com.my/.../anggota-polis-cedera...

Sumber: Harian Metro dan Polis Daerah Petaling Jaya
ArticlePublished 04 Apr 2023 1.46 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM