Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Anggota Polis Bertugas Di Prn Melaka Sarawak Diberi Keutamaan Dos Penggalak

Diterbitkan: 31 Oct 2021 11.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Bharu, 31 Oktober 2021 - Lebih 10,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bakal bertugas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Sarawak diberi keutamaan untuk menerima dos penggalak vaksinasi COVID-19.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-anggota-polis-bertugas-di-prn-melaka-sarawak-diberi-keutamaan-dos-penggalak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:01 MYT
Kota Bharu, 31 Oktober 2021 - Lebih 10,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bakal bertugas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Sarawak diberi keutamaan untuk menerima dos penggalak vaksinasi COVID-19.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim, berkata pihaknya sudah membuat permohonan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) pada 26 Oktober lalu.

"Setakat ini lebih 7,000 anggota ditugaskan mengawal kelancaran PRN di Sarawak, manakala seramai 3,600 lagi bertanggungjawab menjalankan tugas di PRN Melaka yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

"Bagaimanapun, pihak kami masih menunggu kelulusan daripada KKM untuk menjalankan proses suntikan dos penggalak terbabit selain mahu memastikan kesemua 127,000 anggota di seluruh negara turut menerimanya," katanya.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Penyerahan 23 kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux GS Cargo dan 11 buah Van Go Auto Higer di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini.

"Kenderaan ini adalah sebagai pemudah cara kepada anggota polis dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat selain menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada PDRM," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../anggota-polis-bertugas-di...

Sumber: Berita Harian
ArtikelDiterbitkan 31 Oct 2021 11.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM