Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Anggota 69 Komando Sahut Cabaran Misi Malaysia Everest 2022

Published: 12 Feb 2022 1.32 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Mereka yang akan melakukan cabaran itu ialah Inspektor Kanang Usin, 42, dan Koperal Pragash Murugesu, 32, yang kedua-duanya mempunyai pengalaman lebih 50 kali mengadakan terjunan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-anggota-69-komando-sahut-cabaran-misi-malaysia-everest-2022
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:29 MYT
Putrajaya, 12 Februari 2022 - Seorang pegawai kanan dan anggota 69 Komando, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan cabaran turun dari puncak Everest ke Base Camp dua dengan payung terjun sempena Misi Malaysia Everest 2022 (ME 2022) bermula 26 Mac hingga 11 Jun ini.

Mereka yang akan melakukan cabaran itu ialah Inspektor Kanang Usin, 42, dan Koperal Pragash Murugesu, 32, yang kedua-duanya mempunyai pengalaman lebih 50 kali mengadakan terjunan.

Komander 69 Komando, SAC Tuan Abdul Razak Mohd Yusof berkata, pihaknya berterima kasih kepada Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani yang memberi peluang dan kepercayaan kepada pasukannya untuk menyertai misi itu.

Tuan Abdul Razak berkata, pada asalnya anggota 69 Komando hanya melatih peserta yang menyertai misi itu dan kemudiannya timbul idea untuk menyertai misi berkenaan seterusnya dipersetujui KPN.

"Cabaran terjunan yang bakal diadakan ini adalah bagi mencipta satu kelainan yang boleh dibanggakan negara di mana selain mampu sampai ke puncak gunung tertinggi dunia, anggota keselamatan Malaysia juga mampu melakukan kelainan pada misi bersejarah ini.

"Kita akan cuba buktikan anggota 69 Komando mampu melakukan cabaran ini demi membawa nama PDRM dan Keluarga Malaysia di mata dunia," katanya pada sidang media Misi Malaysia Everest 2022 di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../anggota-komando-69-sahut...
ArticlePublished 12 Feb 2022 1.32 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM