
Artikel
Ppn Covid 19 Artikel Pilihan Polis Siap Sedia Jika Sempadan Negara Dibuka Pengarah Jabatan Kdnka
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Hazani Ghazali berkata, pihaknya sentiasa dalam keadaan bersiap siaga dalam menghadap...
Kuala Lumpur, 12 Februari 2022 - Polis bersedia meningkatkan kawalan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara jika sempadan negara dibuka bermula 1 Mac ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Hazani Ghazali berkata, pihaknya sentiasa dalam keadaan bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk jumlah kemasukan pelancong yang ramai dalam masa terdekat itu.
"Sudah tentu kita bersedia jika sempadan negara dibuka nanti. Namun, Perdana Menteri, Dato’ Sri Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan perkara itu perlu dikaji terlebih dahulu.
"Kita akan menyokong setiap keputusan kerajaan. Berkaitan isu keselamatan kesihatan, kita akan meneruskan dan meningkatkan pemantauan dari semasa ke semasa," katanya.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../polis-siap-sedia-jika...
Sumber: Harian Metro
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN