Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Anak Bekas Tpm Didakwa Hina Kerabat Diraja Johor

Published: 10 Mar 2021 9.46 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Johor Bahru, 10 Mac 2021 - Anak bekas Timbalan Perdana Menteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan membuat penghinaan terhadap Kerabat Diraja Johor.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-anak-bekas-tpm-didakwa-hina-kerabat-diraja-johor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 10:16 MYT
 
Johor Bahru, 10 Mac 2021 - Anak bekas Timbalan Perdana Menteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan membuat penghinaan terhadap Kerabat Diraja Johor.

Dato' Mohd Tamrin Tun Abdul Ghafar, 71, didakwa menggunakan aplikasi blog 'tamrintunghafar' pada pautan tamrintunghafar.blogspot.com secara sedar membuat komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Blog berkenaan juga boleh dibaca menerusi laman Facebook Dato' Tamrin Tun Abdul Ghafar.

Lampiran yang disertakan bersama pertuduhan berkenaan membabitkan artikel bertajuk 'TMJ - Bodoh Sombong Yang Tak Boleh Diajar' dengan mengaitkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim selain Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka yang merupakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba itu didakwa melakukan kesalahan di Kota Southkey di sini kira-kira jam 7 malam pada 2 Februari lalu.

Bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../Anak-bekas-TPM-didakwa...

Sumber: Sinar Harian

Artikel Pilihan Anak Bekas Tpm Didakwa Hina Kerabat Diraja Johor

ArticlePublished 10 Mar 2021 9.46 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM