Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Amaran Jangan Tular Gambar Dan Video Lama Kejadian Banjir

Diterbitkan: 04 Jan 2021 10.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuantan, 4 Januari 2021 - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan atau berkongsi gambar mahupun video lama kejadian banjir besar, ketika beberapa negeri kini, dilanda musim tengkujuh.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-amaran-jangan-tular-gambar-dan-video-lama-kejadian-banjir
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:37 MYT
Kuantan, 4 Januari 2021 - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan atau berkongsi gambar mahupun video lama kejadian banjir besar, ketika beberapa negeri kini, dilanda musim tengkujuh.


Beliau berkata tindakan menularkan gambar atau video lama seperti kejadian banjir besar pada 2014 boleh menimbulkan situasi panik dalam kalangan masyarakat terutamanya kepada anggota keluarga yang berada jauh dari kampung halaman.

"Saya berharap mereka dapat memeriksa kesahihan video atau gambar yang tersebar di media sosial sebelum berkongsi dengan orang lain. Menularkan kembali video atau gambar lama pada situasi ini juga boleh dianggap sebagai berita palsu.

"Walaupun tindakan boleh diambil kerana menyebar berita palsu, namun kita harap masyarakat lebih bertanggungjawab kerana pada masa begini, pihak berkuasa seperti polis mempunyai banyak tugas yang lebih utama untuk dilakukan," katanya.

Dato’ Saifuddin berkata demikian kepada Bernama selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelindung di sini hari ini, yang menempatkan 20 keluarga dari tiga kampung iaitu Kampung Bugis, Kampung Pelindung Pantai dan Kampung Pasir Garam.

Orang ramai, menurut Dato' Saifuddin boleh menyemak kesahihan maklumat yang diterima mereka menerusi media sosial rasmi pihak berwajib yang sentiasa berusaha memuat naik maklumat yang tepat dan secara 'real time' (masa sebenar).

"Untuk perkembangan banjir, orang ramai boleh membuat semakan di bilik gerakan banjir atau balai polis manakala untuk pengguna jalan raya, Twitter dan Facebook pemegang konsesi sentiasa dikemaskini atau boleh terus menghubungi talian hotline (utama) mereka," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1918344

Sumber: Bernama
ArtikelDiterbitkan 04 Jan 2021 10.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM