Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Amah Dikurung Di Balkoni Diselamatkan Selepas Campak Nota Minta Bantuan

Published: 10 Jun 2024 10.27 AM Updated: 15 Aug 2026 8.09 PM
Pembantu rumah warga Indonesia dilayan seperti anjing selepas dikurung di balkoni kondominium di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, sejak seminggu lalu. Malah, mangsa yang berusia 21 tahun itu hanya dibekalkan bantal dan tilam serta terpaksa tidur dalam keadaan basah ketika hujan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-amah-dikurung-di-balkoni-diselamatkan-selepas-campak-nota-minta-bantuan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:27 MYT
Kuala Lumpur, 10 Jun 2024 - Pembantu rumah warga Indonesia dilayan seperti anjing selepas dikurung di balkoni kondominium di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, sejak seminggu lalu.

Malah, mangsa yang berusia 21 tahun itu hanya dibekalkan bantal dan tilam serta terpaksa tidur dalam keadaan basah ketika hujan.

Bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (D3), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman selepas kediaman terbabit diserbu, 5 petang semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian D3, JSJ, Bukit Aman, SAC Soffian Santong berkata, siasatan mendapati mangsa adalah pembantu rumah kepada keluarga warga tempatan dan diletakkan di balkoni rumah sebagai tempat tinggalnya.

"Mangsa tidak dibenarkan keluar dari balkoni rumah dan dikunci dari dalam sehingga dapat arahan untuk masuk bersihkan rumah.

"Mangsa hanya masuk ke dalam rumah berkenaan pada 5 pagi hingga 11 pagi selepas diarahkan untuk kemas rumah dan apabila selesai mangsa diarahkan berada di balkoni semula dan akan dikunci oleh majikan," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../amah-dikurung-di-balkoni...
Sumber: Harian Metro

ArticlePublished 10 Jun 2024 10.27 AMUpdated 15 Aug 2026 8.09 PM