
Petaling Jaya, 4 November 2021 - Jumlah aliran trafik di tiga lebuh raya utama semalam meningkat susulan perayaan Deepavali hari ini.
Operasi dan tinjauan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mendapati, kira-kira 1.48 juta kenderaan dicatatkan di lebuh raya Utara-Selatan (1.26 juta) Lebuh Raya Kl-Karak (150,936) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (53,541).
Pengarah JSPT, CP Datuk Wira Mat Kassim Karim berkata, pihaknya mengesan peningkatan ini berbanding 15 Oktober lalu iaitu cuti panjang sempena Maulidur Rasul.
Katanya, Plaza Tol Jalan Duta menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus iaitu 67,458 kenderaan berbanding 60,831 kenderaan sebelumnya.
“Sebanyak 41,683 aliran trafik dikesan di Plaza Tol Sungai Besi iaitu meningkat kepada 2.37 peratus berbanding sebelumnya (40,721 kenderaan).
“Bagi Plaza Tol Skudai pula mencatatkan peningkatan sebanyak 10.84 peratus iaitu 22,808 kenderaan berbanding 20,578 kenderaan dalam tempoh sama,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.utusan.com.my/.../aliran-trafik-meningkat-1.../
Sumber: Utusan Malaysia