Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Aliran Trafik Deepavali 2 752 Anggota Pegawai Jspt Bertugas

Published: 29 Oct 2024 2.13 PM Updated: 17 Jul 2026 2.26 AM
Kuala Lumpur, 29 Oktober 2024 - Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman telah menugaskan seramai 2,752 pegawai dan anggota di seluruh negara untuk memastikan kelancaran pergerakan lalu lintas sempena cuti Deepavali dan hujung minggu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-aliran-trafik-deepavali-2-752-anggota-pegawai-jspt-bertugas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:50 MYT
Kuala Lumpur, 29 Oktober 2024 - Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman telah menugaskan seramai 2,752 pegawai dan anggota di seluruh negara untuk memastikan kelancaran pergerakan lalu lintas sempena cuti Deepavali dan hujung minggu.

Pengarah JSPT, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata aliran trafik dijangka meningkat sepanjang tempoh cuti Deepavali disebabkan oleh tawaran tol percuma yang diberikan untuk hari ini dan esok sempena perayaan tersebut.

“JSPT menjangkakan aliran trafik akan sesak dengan pertambahan jumlah kenderaan. Melalui maklumat daripada pihak Konsesi Lebuhraya Utama (PLUS) dan lebuh raya konsesi yang lain, jangkaan 2.62 juta kenderaan dalam tempoh sehari.

“Pihak PLUS Berhad juga akan mengaktifkan 21 lokasi smartlane bagi mengurangkan kesesakan di lebuhraya,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pihaknya juga menjangkakan pergerakan ke Pantai Timur, Utara dan Selatan tanah air bakal meningkat secara luar biasa serta peningkatan ketara pergerakan kenderaan di bahagian Pantai Barat seperti di Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Pulau Pinang.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2357595

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 29 Oct 2024 2.13 PMUpdated 17 Jul 2026 2.26 AM