Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Al Fatihah Tiada Lagi Makanan Dihantar Mak Cik Saadiah

Diterbitkan: 05 Sep 2021 9.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Gerik, 5 September 2021 - Balu anggota polis, Saadiah Abdullah yang mengayuh basikal hampir setiap hari selama 37 tahun, untuk menghantar makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik meninggal dunia di Hospital Gerik, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-al-fatihah-tiada-lagi-makanan-dihantar-mak-cik-saadiah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:21 MYT
Gerik, 5 September 2021 - Balu anggota polis, Saadiah Abdullah yang mengayuh basikal hampir setiap hari selama 37 tahun, untuk menghantar makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik meninggal dunia di Hospital Gerik, semalam.
Menjadi rutin bagi Saadiah, 84, menghantar makanan ke IPD Gerik sebagai mengenang arwah suaminya, Alias Nik Daud yang meninggal dunia pada 1975 dalam serangan hendap pengganas komunis sewaktu bertugas sebagai jurupandu bot di balai itu.

Saadiah yang mesra dipanggil Mak Cik Saadiah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gerik jam 12.40 tengah hari semalam selepas beberapa hari dimasukkan ke wad akibat sakit tua.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang, Kuala Kenderong, Gerik jam 5.30 petang semalam.

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Mak Cik Saadiah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Tiada lagi makanan dihantar Mak Cik Saadiah | Berita Harian
ArtikelDiterbitkan 05 Sep 2021 9.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM