Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Covid 19 Opbantu Setiamembantu Posting Pilihan Op Bantu Program Kdn Prihatin Bantu Mangsa Banjir Yan Kedah

Diterbitkan: 05 Sep 2021 12.17 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Yan, 5 September 2021 – Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato’ Seri Hamzah Zainuddin hari ini melancarkan misi Program Kementerian Dalam Negeri (KDN) Prihatin bagi membantu mangsa banjir di Titi Hayun, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-opbantu-setiamembantu-posting-pilihan-op-bantu-program-kdn-prihatin-bantu-mangsa-banjir-yan-kedah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:43 MYT
Yan, 5 September 2021 – Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato’ Seri Hamzah Zainuddin hari ini melancarkan misi Program Kementerian Dalam Negeri (KDN) Prihatin bagi membantu mangsa banjir di Titi Hayun, di sini.

Program yang melibatkan keseluruhan agensi di bawah KDN itu turut menawarkan kerja-kerja kebajikan seperti pembersihan rumah masyarakat yang terjejas akibat banjir selain mengagihkan lebih 1,000 bakul makanan di bawah Op Bantu.

Menerusi Program KDN Prihatin juga, kesemua mangsa yang hilang dokumen pengenalan diri seperti MyKad, MyKid, Sijil Kelahiran dan sebagainya akan digantikan secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Hadir sama menjayakan program tadi ialah Timbalan MDN I, Dato’ Sri Dr. Haji Ismail Haji Mohamed Said dan Timbalan MDN II, Tuan Jonathan Yasin.

Juga hadir, Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz dan Ketua Polis Kedah, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat.

Sumber: Polis Kedah

ArtikelDiterbitkan 05 Sep 2021 12.17 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM