Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Al Fatihah Polis Bantuan Maut Dirempuh Ketika Bantu Kereta Rosak

Diterbitkan: 14 Jun 2023 12.40 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-al-fatihah-polis-bantuan-maut-dirempuh-ketika-bantu-kereta-rosak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:29 MYT
Batu Kawan, 14 Jun 2023 - Usaha murni seorang anggota Polis Bantuan membantu kenderaan rosak, bertukar tragedi apabila dia maut dalam kemalangan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam dari arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung di sini, pagi tadi.
Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) dalam kenyataannya, berkata dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa Musyiri Bakar, 49, berada di kilometer (KM) 11.6 lokasi kejadian untuk membantu seorang pemandu kenderaan jenis Perodua Viva yang mengalami kerosakan di tepi jalan.

"Sebuah lori lima tan yang melalui laluan itu hilang kawalan dan melanggar kenderaan peronda jenis Toyota Hilux sehingga menyebabkan mangsa yang berada di hadapan kenderaan itu tercampak ke lorong motosikal.
"Mangsa kemudiannya dilanggar sebuah motosikal yang melalui laluan terbabit," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kenyataan JKSB itu memaklumkan, penunggang motosikal cedera ringan akibat kejadian itu, manakala pemandu lori dan pemandu Perodua Viva tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

Artikel Pilihan Al Fatihah Polis Bantuan Maut Dirempuh Ketika Bantu Kereta Rosak
ArtikelDiterbitkan 14 Jun 2023 12.40 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM