Article
Artikel Pilihan Al Fatihah Polis Bantuan Maut Dirempuh Ketika Bantu Kereta Rosak
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
Batu Kawan, 14 Jun 2023 - Usaha murni seorang anggota Polis Bantuan membantu kenderaan rosak, bertukar tragedi apabila dia maut dalam kemalangan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam dari arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung di sini, pagi tadi.
"Sebuah lori lima tan yang melalui laluan itu hilang kawalan dan melanggar kenderaan peronda jenis Toyota Hilux sehingga menyebabkan mangsa yang berada di hadapan kenderaan itu tercampak ke lorong motosikal.
"Mangsa kemudiannya dilanggar sebuah motosikal yang melalui laluan terbabit," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kenyataan JKSB itu memaklumkan, penunggang motosikal cedera ringan akibat kejadian itu, manakala pemandu lori dan pemandu Perodua Viva tidak mengalami sebarang kecederaan.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
