Artikel
Artikel Pilihan Akta Antigangguan Seksual 2022 Dilaksana Secara Berperingkat
Kuala Lumpur, 28 Mac 2023 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM (KPWKM) akan menguatkuasakan Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840...
Kuala Lumpur, 28 Mac 2023 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM (KPWKM) akan menguatkuasakan Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) secara berperingkat bermula hari ini.
"Akta 840 sudah diluluskan di Dewan Rakyat pada 20 Julai 2022 dan Dewan Negara pada 11 Ogos 2022.
"Akta berkenaan juga sudah diwartakan sebagai Akta baharu pada 18 Oktober 2022 selepas menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Menurut kenyataan itu, Akta 840 mencerminkan komitmen kerajaan yang amat prihatin dan serius dalam menangani serta menghapuskan diskriminasi berasaskan gender terutama gangguan seksual.
"Pembaharuan struktur melalui penggubalan akta baharu ini adalah seiring dengan strategi mempertingkat perlindungan undang-undang serta meningkatkan program kesedaran dan intervensi mengenai hak wanita.
"Ia juga di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMK-12), selain komitmen negara di peringkat antarabangsa seperti Matlamat Pembangunan Mampan 2030 dan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW)," katanya.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

