Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Akta 342 Terpakai Di Seluruh Negara Bukan Setakat Untuk Prn Melaka

Published: 30 Oct 2021 1.32 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin berkata, sebarang perhimpunan termasuk politik yang didapati berlaku perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) akan diambil tindakan mengikut Akta 342.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-akta-342-terpakai-di-seluruh-negara-bukan-setakat-untuk-prn-melaka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:20 MYT
Melaka, 30 Oktober 2021 - Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) terpakai di seluruh negara dan bukan hanya dalam tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin berkata, sebarang perhimpunan termasuk politik yang didapati berlaku perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) akan diambil tindakan mengikut Akta 342.

"Akta 342 masih terpakai sama ada pilihan raya atau tidak, semua tempat terpakai. Bukan hanya di Melaka.

"Yang ada dalam Akta 342 itu masih terpakai yang diumumkan dari semasa ke semasa oleh Majlis Keselamatan Negara . Kalau SOP yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, itu lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.hmetro.com.my/.../akta-342-terpakai-di...
Sumber: Harian Metro dan Buletin TV3
ArticlePublished 30 Oct 2021 1.32 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM