Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Aisse 25 Platform Terbaik Pacu Pembangunan Keselamatan Negara Mdn

Published: 19 Jan 2025 8.54 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Putrajaya, 19 Januari 2025 - Penganjuran Asia International Security Summit and Expo 2025 (AISSE 2025) bermula esok hingga Rabu ini dijangka mampu menjadikan Malaysia sebagai hab inovasi keselamatan serantau dan global, kata Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail .
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-aisse-25-platform-terbaik-pacu-pembangunan-keselamatan-negara-mdn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:22 MYT
Putrajaya, 19 Januari 2025 - Penganjuran Asia International Security Summit and Expo 2025 (AISSE 2025) bermula esok hingga Rabu ini dijangka mampu menjadikan Malaysia sebagai hab inovasi keselamatan serantau dan global, kata Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail .

Beliau berkata, AISSE 2025 bukan sekadar sebuah pameran, tetapi ia merupakan inisiatif strategik untuk memperkukuhkan kedudukan negara dalam aspek keselamatan melalui perkongsian idea, teknologi dan kerjasama.

“Dengan tema ‘Asia United: Charting the Future of Global Peace and Security through Law Enforcement Collaboration’, ini jelas menunjukkan aspirasi kita untuk memupuk perpaduan, kerjasama, dan pembangunan yang mampan dalam bidang keselamatan,” katanya pada sidang media selepas meninjau persiapan penganjuran AISSE 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Datuk Seri Saifuddin berkata, AISSE 2025 antara lain melibatkan pameran teknologi oleh lebih 300 syarikat serta menampilkan 36 bengkel yang membincangkan isu-isu keselamatan global oleh pakar dan pemimpin dari pelbagai negara.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2384381

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Aisse 25 Platform Terbaik Pacu Pembangunan Keselamatan Negara Mdn
ArticlePublished 19 Jan 2025 8.54 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM