Artikel
Artikel Pilihan Aisse 25 Platform Terbaik Pacu Pembangunan Keselamatan Negara Mdn
Putrajaya, 19 Januari 2025 - Penganjuran Asia International Security Summit and Expo 2025 (AISSE 2025) bermula esok hingga Rabu ini dijangka mampu menjadikan M...
Putrajaya, 19 Januari 2025 - Penganjuran Asia International Security Summit and Expo 2025 (AISSE 2025) bermula esok hingga Rabu ini dijangka mampu menjadikan Malaysia sebagai hab inovasi keselamatan serantau dan global, kata Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail .
“Dengan tema ‘Asia United: Charting the Future of Global Peace and Security through Law Enforcement Collaboration’, ini jelas menunjukkan aspirasi kita untuk memupuk perpaduan, kerjasama, dan pembangunan yang mampan dalam bidang keselamatan,” katanya pada sidang media selepas meninjau persiapan penganjuran AISSE 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.
Datuk Seri Saifuddin berkata, AISSE 2025 antara lain melibatkan pameran teknologi oleh lebih 300 syarikat serta menampilkan 36 bengkel yang membincangkan isu-isu keselamatan global oleh pakar dan pemimpin dari pelbagai negara.
Sumber: BERNAMA
