Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Aidilfitri Hanya 10 Peratus Pegawai Anggota Polis Dibenar Bercuti Pengarah Jabatan Kdnka

Published: 11 Apr 2022 8.11 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 11 April 2022 - Hanya 10 peratus pegawai dan anggota polis di seluruh negara dibenarkan untuk bercuti sempena Aidilfitiri kali ini, manakala selebihnya akan berada dalam mod bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-aidilfitri-hanya-10-peratus-pegawai-anggota-polis-dibenar-bercuti-pengarah-jabatan-kdnka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:31 MYT
Kuala Lumpur, 11 April 2022 - Hanya 10 peratus pegawai dan anggota polis di seluruh negara dibenarkan untuk bercuti sempena Aidilfitiri kali ini, manakala selebihnya akan berada dalam mod bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali berkata bermula 30 April hingga 4 Mei, dijangkakan tempoh orang ramai pulang ke kampung halaman untuk berhari raya selepas dua tahun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini.
“KDNKA mempunyai kira-kira 26,000 pegawai dan anggota dan hanya 10 peratus yang akan bercuti, kami menjangkakan waktu itu, pergerakan besar-besaran akan berlaku di seluruh negara.
“Yang lain (yang tidak bercuti) akan terlibat bertugas dan bersiap sedia untuk apa jua kemungkinan misalnya seperti bencana dan lain-lain. Kami juga bersiap sedia daripada aset polis untuk dikerahkan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis serah terima tugas Timbalan Pengarah KDNKA di Padang Kawad Briged Tengah Pasukan Gerakan Am di sini hari ini.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 11 Apr 2022 8.11 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM