Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Ahli Gisbh Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah Kpn

Diterbitkan: 23 Sep 2024 1.40 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata ia susulan penemuan risalah dan buku-buku di premis milik GISBH menerusi Op Global yang dilancarkan bulan ini
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-ahli-gisbh-didapati-amal-tarekat-aurad-muhammadiyah-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:53 MYT
Kuala Lumpur, 23 September 2024 - Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) masih mengamalkan Tarekat Aurad Muhammadiyah yang disahkan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar pada 1994.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata ia susulan penemuan risalah dan buku-buku di premis milik GISBH menerusi Op Global yang dilancarkan bulan ini.

Razarudin berkata buku dan risalah yang dirampas telah diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata semua buku dan risalah yang dirampas dalam Op Global mempunyai kaitan dengan pengasas Al-Arqam Ashaari Muhammad, organisasi yang difatwakan sesat pada 1994.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut, https://bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2343443

Sumber: BERNAMA

May be an image of 4 people and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 10 people and text

May be an image of 5 people

May be an image of 5 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 7 people and text


ArtikelDiterbitkan 23 Sep 2024 1.40 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM