
Artikel Pilihan 70 Warga Pdrm Dikesan Hidap Kanser Pangkal Rahim
Johor Bahru, 21 Disember 2020 - Seramai 70 orang warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) didapati positif setelah menjalani ujian saringan vaksin human papillomavirus (HPV) kanser pangkal rahim (servik).
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Datin Seri Dato’ Asmawati Ahmad berkata, individu itu dikesan hasil saringan awal yang dibuat ke atas 918 warga PDRM setakat ini menerusi Program Frontliners Uniting Against Cervical Cancer.
Katanya, program anjuran ROSE Foundation itu diadakan sejak Julai lalu yang telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Kuala Lumpur dan Terengganu.
“Bagi mereka yang positif, mereka perlu merasa lega kerana dapat mengesan virus yang boleh menyebabkan kanser itu di peringkat awal. Mereka tidak perlu takut untuk menjalani ujian saringan ini yang boleh dilakukan sendiri.
“ROSE Foundation menjaga maklumat sulit individu yang menjalani ujian saringan ini. Keputusan ujian akan dihantar terus kepada penama secara atas talian serta senarai hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui selepas program tersebut di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.kosmo.com.my/…/70-polis-hidap-kanser-pangkal-ra…
Sumber: Polis Johor dan Kosmo Online