Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan 5 6 Juta Kenderaan Bersesak Sempena Cuti Persekolahan

Published: 05 Jun 2022 9.41 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 5 Jun 2022 - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan masih sesak sehingga jam 2 petang tadi, susulan cuti penggal persekolahan. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, kesesakan dikesan berlaku di lebuh raya di sektor utara (Gua Tempurung), sektor selatan (dari arah Johor) dan sektor timur di lebuh raya Karak.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-5-6-juta-kenderaan-bersesak-sempena-cuti-persekolahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:24 MYT
Kuala Lumpur, 5 Jun 2022 - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan masih sesak sehingga jam 2 petang tadi, susulan cuti penggal persekolahan.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, kesesakan dikesan berlaku di lebuh raya di sektor utara (Gua Tempurung), sektor selatan (dari arah Johor) dan sektor timur di lebuh raya Karak.
"Ia susulan peningkatan keluar kenderaan dari Lembah Klang bermula semalam. Bermula pada peralihan fasa endemik, sebanyak 31 lebuh raya di seluruh negara mula mencatatkan peningkatan kenderaan.
"Jumaat lalu aliran trafik mencatatkan sebanyak 5.35 juta di 31 lebuh raya seluruh negara dan berlaku peningkatan semalam iaitu 5.6 juta kenderaan menyebabkan beberapa kawasan mengalami kesesakan," katanya tadi.
Menurutnya, pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa bersabar dan merancang perjalanan serta memandu kenderaan secara berhemah.
"JSPT sentiasa memantau aliran trafik, saya juga menyeru kepada pengguna jalan raya supaya dapat menyalurkan maklumat kepada JSPT sekiranya melihat pelanggaran peraturan dilakukan pengguna jalan raya lain," katanya.
Sumber: Harian Metro

Artikel Pilihan 5 6 Juta Kenderaan Bersesak Sempena Cuti Persekolahan
ArticlePublished 05 Jun 2022 9.41 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM