Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan 33 996 Saman Ubah Suai Ekzos Dikeluarkan Sejak Januari

Published: 27 Dec 2023 6.45 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sebanyak 43,157 saman atas pelbagai kesalahan ubah suai motosikal dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di seluruh negara sejak Januari hingga November.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-33-996-saman-ubah-suai-ekzos-dikeluarkan-sejak-januari
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:11 MYT
Kuala Lumpur, 25 Disember 2023 - Sebanyak 43,157 saman atas pelbagai kesalahan ubah suai motosikal dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di seluruh negara sejak Januari hingga November.

Pengarah JSPT, CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, kesalahan ubah suai ekzos mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 33,996 saman.

"Diikuti kesalahan ubah suai struktur dan kelengkapan 9,106 saman, ubah suai struktur dan peralatan (52) serta ubah suai penggunaan kenderaan (tiga).

"Kesalahan mengubahsuai speksifikasi kenderaan terutamanya motosikal boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah Lalulintas LN170/59," katanya hari ini.

Menurutnya, tindakan mengubahsuai spesifikasi atau struktur motosikal bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada diri sendiri malah ia merisikokan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

FOTO ARKIB NSTP
ArticlePublished 27 Dec 2023 6.45 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM