Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan 31 Premis Pdrm Terjejas Akibat Banjir Di Terengganu Kelantan Kpn

Published: 22 Dec 2022 3.17 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 21 Disember 2022 - Sebanyak 31 premis Polis Diraja Malaysia (PDRM) terjejas akibat banjir di Terengganu dan Kelantan, yang merangkumi 13 unit kuarters, lapan pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA), tujuh balai polis dan tiga pondok polis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-31-premis-pdrm-terjejas-akibat-banjir-di-terengganu-kelantan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:41 MYT
Kuala Lumpur, 21 Disember 2022 - Sebanyak 31 premis Polis Diraja Malaysia (PDRM) terjejas akibat banjir di Terengganu dan Kelantan, yang merangkumi 13 unit kuarters, lapan pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA), tujuh balai polis dan tiga pondok polis.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata di Kelantan, empat balai yang terjejas adalah Balai Polis Kuala Jambu, Simpangan, Rantau Panjang dan Bakong. Manakala pondok polis terlibat ialah Pondok Polis Salor, Pondok Polis Kubang dan antara lapan pos PGA yang terjejas adalah Terusan serta Salleh Kerek.

"Di Terengganu, tiga balai terjejas iaitu di Kuala Jengai, Manik dan Balai Polis Trafik Jenteh serta Pondok Polis Tenang,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 13 unit kuarters yang terjejas iaitu di Berek Polis Kuala Jengai dengan lima unit, Berek Pondok Tenang, dua dan Berek Polis Manir, enam unit.

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan 31 Premis Pdrm Terjejas Akibat Banjir Di Terengganu Kelantan Kpn
ArticlePublished 22 Dec 2022 3.17 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM