Article
Artikel Pilihan 3 609 Anggota Pegawai Polis Ditugaskan Pada Tahun Baharu Cina 20250131
Kuala Lumpur, 27 Januari 2025 - Seramai 3,609 anggota dan pegawai polis ditugaskan dalam Op Selamat ke-23 sempena Tahun Baharu Cina bermula 28 Januari hingga 2...
Kuala Lumpur, 27 Januari 2025 - Seramai 3,609 anggota dan pegawai polis ditugaskan dalam Op Selamat ke-23 sempena Tahun Baharu Cina bermula 28 Januari hingga 2 Februari ini, di seluruh negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, seramai 320 pegawai kanan polis dan 3,289 pegawai rendah ditugaskan dalam Op Selamat ke-23.
Beliau berkata, pihaknya telah mengenal pasti sebanyak 76 "blackspot" iaitu lokasi kerap berlaku kemalangan dan 407 "hotspot" lokasi kesesakan jalan raya.
