Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan 20 Migran Indonesia Ditahan Di Rumah Transit Sindiket

Published: 19 May 2024 7.05 AM Updated: 15 Aug 2026 8.12 PM
Kegiatan sindiket penyeludupan migran menerusi jalan laut terbongkar selepas sebuah rumah di Sabak Bernam, Selangor, yang dijadikan transit diserbu pihak berkuasa awal pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-20-migran-indonesia-ditahan-di-rumah-transit-sindiket
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:55 MYT
Kuala Lumpur, 19 Mei 2024 - Kegiatan sindiket penyeludupan migran menerusi jalan laut terbongkar selepas sebuah rumah di Sabak Bernam, Selangor, yang dijadikan transit diserbu pihak berkuasa awal pagi tadi.

Serbuan jam 1.30 pagi dalam Op Pintas Transit Migran itu dilancarkan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian D3 Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian D3 Bukit Aman, SAC Soffian Santong berkata, dalam gerakan itu, seramai 20 migran warga Indonesia ditahan atas pelbagai kesalahan.

"Seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan mengikut Seksyen 26A Akta ATIPSOM 2007. Lapan lagi warga, termasuk tiga wanita berusia antara 22 hingga 42 tahun ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Selain itu, 11 yang lain berusia antara 24 hingga 38 tahun, termasuk seorang wanita ditahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../4-wanita-antara-20-migran...

Sumber: Berita Harian Online

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/05/1248812/4-wanita-antara-20-migran-indonesia-ditahan-di-rumah-transit-sindiket
ArticlePublished 19 May 2024 7.05 AMUpdated 15 Aug 2026 8.12 PM