
Article
Artikel Pilihan 153 Akaun Berkaitan Gisbh Dengan Nilai Lebih Rm800 00 Dibekukan
Razarudin berkata selain itu, sebanyak 38 motokar pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM3.94 juta dan 14 lot hartanah yang nilainya masih dalam siasatan turut...
Kuala Lumpur, 23 September 2024 - Sebanyak 153 akaun berkaitan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) telah dibekukan membabitkan wang berjumlah RM882,795.94 setakat ini, kata Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain.
Razarudin berkata selain itu, sebanyak 38 motokar pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM3.94 juta dan 14 lot hartanah yang nilainya masih dalam siasatan turut disita.
“Sebanyak 26 ekor haiwan terdiri daripada sembilan ekor kuda, 14 ekor arnab dan tiga ekor burung merak, serta wang tunai RM18,650 dan dua jam tangan bernilai RM600 juga dirampas,” katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.