Article
Artikel Pilihan 15 Anggota Polis Ditahan Di Pusat Hiburan Ditahan Tugas Timbalan Kpn
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
Kuala Lumpur, 20 Ogos 2023 - Seorang pegawai kanan dan 14 anggota polis yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Seremban, Negeri Sembilan, semalam telah dikenakan tindakan tahan tugas.
"Di peringkat polis, memang kita tidak akan bertolak ansur. Mereka sudah pun ditahan kerja, itu proses biasa dan selepas dituduh dan kalau disabit bersalah mereka akan digantung kerja hingga proses rayuan, sekiranya mereka nak buat rayuan, sama ada di mahkamah tinggi atau mahkamah rayuan.
"Jadi proses ini akan makan masa yang lama, yang pasti tindakan telah pun diambil. Kita tidak akan bertolak ansur sama ada polis atau lain-lain jabatan yang kita tangkap di pusat hiburan, kita ambil tindakan tegas," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Selain 15 anggota polis tersebut, seorang timbalan pendakwa raya dan seorang pendaftar mahkamah turut ditahan dalam serbuan itu.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
