Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan 13 Kanak Kanak Disyaki Diliwat Empat Lelaki Disiasat Kpn

Diterbitkan: 13 Sep 2024 7.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 13 September 2024 - 13 kanak-kanak yang merupakan penghuni rumah perlindungan yang diserbu Polis Diraja Malaysia dalam Op Global Rabu lepas, disyaki telah diliwat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-13-kanak-kanak-disyaki-diliwat-empat-lelaki-disiasat-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:18 MYT
Kuala Lumpur, 13 September 2024 - 13 kanak-kanak yang merupakan penghuni rumah perlindungan yang diserbu Polis Diraja Malaysia dalam Op Global Rabu lepas, disyaki telah diliwat.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata hal ini berdasarkan saringan perubatan yang dijalankan terhadap 13 mangsa itu yang menghuni di rumah perlindungan di Selangor dan Negeri Sembilan.
Beliau berkata pihaknya juga telah membuka empat kertas siasatan terhadap empat lelaki yang disyaki melakukan perbuatan berkenaan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Mengenai 402 penghuni yang diselamatkan menerusi Op Global itu, Razarudin berkata 392 telah selesai menjalani saringan kesihatan melibatkan 202 lelaki dan 190 perempuan.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://bernama.com/bm/news.php?id=2339981
Sumber: BERNAMA
 
ArtikelDiterbitkan 13 Sep 2024 7.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM