Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan 100 Kertas Siasatan Rm43 2 Juta Kerugian Direkod Tahun Ini

Published: 11 Aug 2024 7.03 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 11 Ogos 2024 - Pembabitan syarikat sebagai suspek termasuk menggunakan keldai akaun syarikat bagi kes penipuan pelaburan menunjukkan trend peningkatan, sejak dua tahun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-100-kertas-siasatan-rm43-2-juta-kerugian-direkod-tahun-ini
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:29 MYT
Kuala Lumpur, 11 Ogos 2024 - Pembabitan syarikat sebagai suspek termasuk menggunakan keldai akaun syarikat bagi kes penipuan pelaburan menunjukkan trend peningkatan, sejak dua tahun lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sebanyak 372 nama syarikat didaftarkan dalam portal SemakMule sehingga 31 Julai lalu.
Beliau berkata, pihaknya merekodkan 100 kertas siasatan penipuan pelaburan syarikat membabitkan kerugian lebih RM22.7 juta pada 2022 manakala 192 kertas siasatan dengan kerugian RM69.5 juta (2023), dan 100 kertas siasatan dengan kerugian RM43.2 juta tahun ini.
Katanya, penipuan pelaburan berlaku secara bersemuka dan dalam talian yang mana bersemuka, mangsa terpengaruh dengan penerangan dalam sesi taklimat dianjurkan di pejabat syarikat atau hotel, selain terpengaruh kenalan atau ahli keluarga yang menerima pulangan pelaburan peringkat awal.
"Bagi penipuan pelaburan dalam talian, mangsa selalunya terpedaya iklan di media sosial. Ramai mangsa dimasukkan ke dalam kumpulan sosial terpengaruh dengan hantaran "scammer" yang turut menyamar sebagai pelabur kononnya sebagai testimoni yang berjaya mendapat pulangan lumayan.
"Majoriti mangsa tidak akan sedar ditipu sehinggalah mereka ingin membuat pengeluaran pelaburan yang mana selalunya "scammers" akan meminta mangsa membuat lagi bayaran mengikut peratusan pengeluaran ingin dibuat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../100-kertas-siasatan-rm432...
Sumber: Harian Metro

Artikel Pilihan 100 Kertas Siasatan Rm43 2 Juta Kerugian Direkod Tahun Ini
ArticlePublished 11 Aug 2024 7.03 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM