Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Siar Gambar Kanak Kanak Dalam Prosiding Jenayah Langgar Akta Kanak Kanak 2001

Diterbitkan: 11 Aug 2024 6.16 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 11 Ogos 2024 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengingatkan orang ramai agar tidak menerbitkan sebarang gambar kanak-kanak yang terlibat dalam prosiding jenayah di media.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-siar-gambar-kanak-kanak-dalam-prosiding-jenayah-langgar-akta-kanak-kanak-2001
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:18 MYT
Putrajaya, 11 Ogos 2024 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengingatkan orang ramai agar tidak menerbitkan sebarang gambar kanak-kanak yang terlibat dalam prosiding jenayah di media.
Menerusi catatan di Facebook, beliau berkata, tindakan itu boleh membawa kepada pertuduhan jenayah.
“Merujuk kepada kes melibatkan kanak-kanak dalam prosiding jenayah baru-baru ini, saya ingin mengingatkan orang ramai tentang Subseksyen 15(2) Akta Kanak-Kanak 2001 yang melarang penerbitan sebarang gambar kanak-kanak terlibat dalam prosiding jenayah di media.
“Pelanggaran peruntukan tersebut boleh mengakibatkan pertuduhan jenayah. Kita perlu meletakkan kepercayaan kepada undang-undang dan proses sewajarnya apabila menangani kes yang melibatkan kanak-kanak," katanya.
Datuk Seri Azalina merujuk kepada kes melibatkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang didakwa memandu tanpa lesen di Mahkamah Majistret, Sepang pada Isnin lalu.
Kanak-kanak lelaki itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu kereta Perodua Viva di Taman Putra Impiana, Puchong, Selangor pada 7.30 malam 28 Julai lepas.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 11 Aug 2024 6.16 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM