Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan 10 Ahli Gabungan Kumpulan Jenayah Terancang Diburu

Published: 29 May 2024 8.04 AM Updated: 15 Aug 2026 8.11 PM
Kuala Lumpur, 29 Mei 2024 - Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-10-ahli-gabungan-kumpulan-jenayah-terancang-diburu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:07 MYT
Kuala Lumpur, 29 Mei 2024 - Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata gabungan kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai Geng TR itu terdiri daripada Geng 08, Geng 18, Geng 21, Geng 24 dan Geng 36 yang dikesan bergiat aktif sejak 2019.

Beliau berkata berdasarkan siasatan gabungan kumpulan itu terlibat dengan pelbagai jenayah antaranya pengedaran dadah, pemerasan, pembunuhan dan kianat dengan api.

Pada 3 Mei lepas, beliau berkata polis melancarkan Op Lima di Selangor, Johor serta Pahang dan menahan 18 ahli gabungan kumpulan jenayah itu berusia antara 26 dan 51 tahun mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Polis juga mengenal pasti tiga individu lain yang sedang menjalani reman di Penjara Sungai Buloh, Selangor disyaki menganggotai gabungan kumpulan jenayah yang sama.

"Pagi ini, 20 daripadanya akan didakwa di Mahkamah Sesyen Klang mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan kerana menganggotai kumpulan jenayah terancang manakala seorang lagi tidak dapat didakwa kerana sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2302458

Sumber: BERNAMA
 
ArticlePublished 29 May 2024 8.04 AMUpdated 15 Aug 2026 8.11 PM