Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan 1 7 Rakyat Malaysia Muat Turun Aplikasi Vsp

Published: 04 Mar 2026 5.59 AM Updated: 15 Aug 2026 6.59 PM
Bentong, 4 Mac 2026 - Sebanyak 1.7 juta rakyat Malaysia telah mendaftar menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dan Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman menyasarkan angka itu terus meningkat bagi memperkukuh usaha pencegahan jenayah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-1-7-rakyat-malaysia-muat-turun-aplikasi-vsp
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:18 MYT
Bentong, 4 Mac 2026 - Sebanyak 1.7 juta rakyat Malaysia telah mendaftar menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dan Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman menyasarkan angka itu terus meningkat bagi memperkukuh usaha pencegahan jenayah.

Pengarah JPJKK, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, peningkatan penggunaan aplikasi yang dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia itu amat penting kerana ia memberi banyak manfaat dari segi pemantauan serta meringgankan tugas semua pihak.
Beliau berkata peranan aplikasi itu menjadi lebih ketara menjelang musim perayaan seperti Aidilfitri apabila ramai pulang ke kampung dan meninggalkan rumah tidak berpenghuni.

"Aplikasi VSP memudahkan orang awam menyalurkan maklumat terus kepada pihak polis tanpa perlu hadir ke balai atau menghubungi bilik gerakan.

"Setakat ini, 1.7 juta orang telah mendaftar di seluruh negara. Kita mahu angka ini terus bertambah kerana lebih ramai menggunakan VSP, lebih berkesan rondaan dan pemantauan dapat dijalankan," katanya kepada pemberita selepas Program Jelajah Ramadan JPJKK di sini hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
  https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
Sumber: BERNAMA

May be an image of dais and text that says 'ELAJAH ELAJAHRAMADAN RAMADAN RDYANDAEPSOUFOSTA NCEGAHAN INVATANPENCEGAHAN JABATANPENCEBAHAN OMUNTI(/PJ00FOOM Pr
ArticlePublished 04 Mar 2026 5.59 AMUpdated 15 Aug 2026 6.59 PM