Aplikasi Faedah Bersukan Dalam Kehidupan Seharian
Oleh : L/Kpl Santher Kumar S/O Sehgar
Aplikasi Faedah Bersukan Dalam Kehidupan Seharian
“..Banyak
perkara berkaitan “good practies”, “lesson learned”, malah “lessons to
be learned” yang boleh dijadikan panduan dan sempadan dalam kehidupan
kerjaya dan harian kita. Bukan itu sahaja, kejohanan sukan seperti ini
juga dapat merapatkan ukhuwah dan hubungan silaturahim antara penjawat
awam dari seluruh pelosok negara..”– Pengarah Pengurusan PDRM
CHERAS, 25 NOV -
“Sukan banyak memberi kesan yang positif di dalam hidup kita dan
melalui sukan petanque ini, ia bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan
fizikal, malah ia berupaya membina kekuatan mental seperti kemampuan
mengawal emosi, fokus serta bijak menyusun strategi dan kesemua
ciri-ciri ini amat diperlukan di dalam rutin harian sebagai seorang
penjawat awam,” ujar YDH Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah
Pengurusan Merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, hari ini.
Beliau hadir bagi menyempunakan Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Petanque MAKSAK
2012 yang telah diadakan di padang Briged Tengah PGA Cheras, Kuala
Lumpur yang menyaksikan penyertaan sebanyak 15 pasukan dengan 420
peserta dalam kejohanan tersebut. “Ibarat seperti kata-kata ‘yang jauh
kita dekat-dekatkan dan yang dekat kita mesra-mesrakan’, diharapkan
ikatan silaturahim yang terjalin sepanjang kejohanan ini berlangsung
akan kekal abadi yang akhirnya akan membina semangat setia kawan yang
kental di kalangan warga penjawat awam Malaysia,” tambahnya lagi.
“Kepada mereka yang kurang bernasib baik, saya nasihatkan jangan berputus asa, sebaliknya jadikan kekalahan ini juga sebagai satu suntikan semangat dan kekuatan anda untuk berjaya pada kejohanan yang akan datang,” akhirinya.
Majlis pada hari ini turut dihadiri YDH Dato” Zaleha bt Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan(Pentadbiran), YDH Dato’ Mohd Rodzi bin Ismail,Komanden Brigde Tengah,Cheras, Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai Kanan PDRM, ahli-ahli Majlis Sukan PDRM, ahli-ahli jawatankuasa pengelola, pengurus-pengurus pasukan, dif-dif jemputan dan wakil-wakil media.
Gambar sepanjang perlawanan berlangsung...
Antara yang hadir...
Ketibaan YDH Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Jabatan Pengurusan , Bukit Aman
Bacaan Doa...
Antara 15 kontinjen yang mangambil bahagian...
Johan kategori lelaki petanque maksak 2012 (Majlis Sukan ATM)
Johan kategori wanita petanque maksak 2012 (Maksak W.P Kuala Lumpur)
Johan kategori Veteran Lelaki Petanque Maksak 2012 (Majlis Sukan ATM)
Johan kategori Veteran Wanita Petanque Maksak 2012 (Maksak Melaka)
Penyampaian cenderahati...
Ucapan oleh YDH Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan Merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM