Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Anugerah Award Of Prominence For Leadership In Public Services

Diterbitkan: 30 Mar 2015 1.08 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
KUALA LUMPUR, 27 Mac – Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara telah menerima anugerah ‘Award Of Prominence For Leadership In Public Services’ di Majlis Pelancaran Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Polis Diraja Malaysia.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/anugerah-award-of-prominence-for-leadership-in-public-services
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 17:49 MYT
KUALA LUMPUR, 27 Mac – Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara telah menerima anugerah ‘Award Of Prominence For Leadership In Public Services’ di Majlis Pelancaran Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Polis Diraja Malaysia.

Anugerah telah disampaikan oleh Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamarudin, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Hotel Concorde, Kuala Lumpur, petang tadi.

Hari ini juga adalah hari yang bermakna kerana Polis Diraja Malaysia diberikan keistimewaan untuk menubuhkan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam perkhidmatan awam.

Pelancaran Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Polis Diraja Malaysia ini mengimbau kembali nostalgia 32 tahun yang lalu, di mana 11 orang pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendaftar masuk ke dalam kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Petaling Jaya.

Sejak tahun 1983, seramai 305 pegawai polis telah berjaya melanjutkan pengajian di UIAM dengan ijazah dalam bidang undang-undang di mana 167 orang pegawai masih berkhidmat dalam PDRM.

“Ramai alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam Polis Diraja Malaysia telah berjaya dan memegang jawatan-jawatan penting dan strategik dalam pasukan PDRM dan mereka telah banyak memberi sumbangan yang berharga kepada organisasi dan juga negara”, ucap Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara.

Turut hadir di majlis tersebut ialah SDCP Datuk Wira Hj. Hamza bin Taib, Timbalan Pengarah 1, JSJ Komersil merangkap Pro Tem Presiden UIAM PDRM, DCP Dato’ Wan Ahmad Najmuddin bin Mohd, Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) JPJKK, Prof. Dr. Wahabuddin Ra'ees, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kerjaya & Alumni, Prof. Dr. Abdelaziz Berghout, Timbalan Rektor, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Ahli Jawatankuasa serta kakitangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Anugerah Award Of Prominence For Leadership In Public Services
Ahli Jawatankuasa Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Polis Diraja Malaysia.

Anugerah Award Of Prominence For Leadership In Public Services
Ucapan YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara

Anugerah Award Of Prominence For Leadership In Public Services
Ucapan oleh Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamarudin, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Anugerah Award Of Prominence For Leadership In Public Services
Ucapan aluan oleh Prof. Dr. Wahabuddin Ra'ees, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kerjaya & Alumni

Anugerah Award Of Prominence For Leadership In Public Services
Pelancaran Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Polis Diraja Malaysia.

Anugerah Award Of Prominence For Leadership In Public Services
Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara menerima anugerah ‘Award Of Prominence For Leadership In Public Services’

Anugerah Award Of Prominence For Leadership In Public Services
Penyampaian dokumen Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Polis Diraja Malaysia kepada Ketua Polis Negara

Anugerah Award Of Prominence For Leadership In Public Services
Cenderahati kepada Ketua Polis Negara

Anugerah Award Of Prominence For Leadership In Public Services
Cenderahati kepada Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamarudin, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
ArtikelDiterbitkan 30 Mar 2015 1.08 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM