Artikel
Anjing K9 Ditempatkan Di Lapangan Terbang Miri
Polis akan meningkatkan langkah keselamatan di Lapangan Terbang Miri di sini yang merupakan Lapangan terbang kelima paling sibuk di negara ini bagi mengelakkan...
Polis akan meningkatkan langkah keselamatan di Lapangan Terbang Miri di sini yang merupakan Lapangan terbang kelima paling sibuk di negara ini bagi mengelakkan Sarawak menjadi lokasi transit bagi penyeludupan dadah.
Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, salah satu daripada langkah itu ialah menempatkan Unit Pengesan dan Kawalan (K9) iaitu pasukan anjing yang dilatih khas bagi membantu polis dalam aktiviti penguatkuasaan di lapangan terbang itu.
SUMBER : KOSMO