Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Anggota Trafik Dirempuh Tiga Kali Oleh Penjenayah

Published: 02 Oct 2015 7.26 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang anggota Trafik nekad menahan kesakitan selepas dirempuh tiga kali dengan motosikal jenis skuter oleh penjenayah dalam cubaan mereka melarikan diri berhampiran Jalan Pudu, Kuala Lumpur.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/anggota-trafik-dirempuh-tiga-kali-oleh-penjenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:26 MYT

Seorang anggota Trafik nekad menahan kesakitan selepas dirempuh tiga kali dengan motosikal jenis skuter oleh penjenayah dalam cubaan mereka melarikan diri berhampiran Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

Lan Koperal M. Selvam yang pada mulanya sedang melakukan rondaan Trafik telah terserempak dengan sepasang penjenayah yang dalam cubaan untuk mencuri sebuah kenderaan telah bertindak menyoal siasat salah seorang suspek dengan memintanya menyerahkan kad pengenalan untuk dibuat semakan.

Suspek yang bingkas menumbuk mangsa kemudiannya cuba melarikan diri sebelum berjaya ditangkap. Namun, rakan mangsa yang sedang menunggu dengan motosikal jenis skuternya telah bertindak melanggar mangsa sebagai usaha agar mangsa melepaskan rakannya tadi.

Orang awam yang melihat insiden terbabit telah hadir membantu mangsa dan seterusnya menangkap suspek. Kes disiasat di bawah Seksyen 186, 329 dan 379 Kanun Keseksaan.

Syabas dan tahniah Lans Koperal M. Selvam!

Sumber: Harian Metro

Anggota Trafik Dirempuh Tiga Kali Oleh Penjenayah

ArticlePublished 02 Oct 2015 7.26 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM