Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Anggota Polis Cedera Ketika Selamat Mangsa Terperangkap Kebakaran

Diterbitkan: 01 May 2015 6.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 1 Mei - Seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal mengalami kecederaan apabila bertindak nekad memecahkan cermin kereta bagi menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap di dalam kereta terbakar di KM 5.5 timur Lebuhraya Sprint, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/anggota-polis-cedera-ketika-selamat-mangsa-terperangkap-kebakaran
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:20 MYT


Kuala Lumpur, 1 Mei - Seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal mengalami kecederaan apabila bertindak nekad memecahkan cermin kereta bagi menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap di dalam kereta terbakar di KM 5.5 timur Lebuhraya Sprint, hari ini.

Dalam kejadian 5.45 pagi, Lans Koperal Al Alif Al Dan yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields sedang melakukan rondaan bersama seorang rakannya di kawasan perumahan Medang Tanduk Bangsar, di sini sebelum menyaksikan insiden terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad berkata anggota polis berkenaan mengalami calar dan luka kecil di kedua-dua belah tangannya, manakala pemandu kereta hanya cedera ringan.

"Hasil siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa berusia 39 tahun itu terbabas sebelum melanggar tembok lebuh raya," katanya.

Zainuddin berkata Al Alif dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 01 May 2015 6.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM