Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Anggota Polis Cedera Dilanggar Penjenayah

Published: 17 Jun 2014 6.46 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Chin Soon Song berkata anggota peronda polis yang dalam tugasan mencegah jenayah terserampak dengan sebuah kereta Proton Wira dinaiki tiga lelaki dalam keadaan me..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/anggota-polis-cedera-dilanggar-penjenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:49 MYT

Kulim, 3 Julai - Seorang lelaki disyaki penjenayah yang cuba meloloskan diri daripada ditahan, melanggar seorang anggota polis bermotosikal dengan kereta yang dipandunya.

Kejadian di Taman Seri Petaling pada 12.30 tengah malam tadi itu menyebabkan anggota polis berkenaan cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar di Hospital Kulim di sini.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Chin Soon Song berkata anggota peronda polis yang dalam tugasan mencegah jenayah terserampak dengan sebuah kereta Proton Wira dinaiki tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan di sekitar bandar ini.

Pasukan peronda terdiri daripada kereta dan motosikal polis itu mengekori kereta terbabit dan apabila menyedari mereka diekori, kereta yang dinaiki tiga lelaki itu dipecut laju.

"Selepas kira-kira tiga kilometer, kereta itu terbabas dan terkepung apabila memasuki jalan mati. Dua daripada tiga lelaki dalam kereta itu melarikan diri manakala pemandu kereta yang dipercayai panik cuba mengundurkan kereta dan melanggar seorang anggota polis bermotosikal," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata polis menahan pemandu kereta berusia 19 tahun itu dan hasil pemeriksaan terhadap kereta itu, polis menemui sebuah beg galas berisi komputer riba, kamera digital dan beberapa telefon bimbit yang dipercayai barang curi.

Sumer : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 6.46 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM