Anggota Polis Cedera Dilanggar Penjenayah
Kulim, 3 Julai - Seorang lelaki disyaki penjenayah yang cuba meloloskan diri daripada ditahan, melanggar seorang anggota polis bermotosikal dengan kereta yang dipandunya.
Kejadian
di Taman Seri Petaling pada 12.30 tengah malam tadi itu menyebabkan
anggota polis berkenaan cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar di
Hospital Kulim di sini.
Timbalan
Ketua Polis Daerah Kulim DSP Chin Soon Song berkata anggota peronda
polis yang dalam tugasan mencegah jenayah terserampak dengan sebuah
kereta Proton Wira dinaiki tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan di
sekitar bandar ini.
Pasukan
peronda terdiri daripada kereta dan motosikal polis itu mengekori
kereta terbabit dan apabila menyedari mereka diekori, kereta yang
dinaiki tiga lelaki itu dipecut laju.
"Selepas
kira-kira tiga kilometer, kereta itu terbabas dan terkepung apabila
memasuki jalan mati. Dua daripada tiga lelaki dalam kereta itu melarikan
diri manakala pemandu kereta yang dipercayai panik cuba mengundurkan
kereta dan melanggar seorang anggota polis bermotosikal," katanya di
sini hari ini.
Beliau
berkata polis menahan pemandu kereta berusia 19 tahun itu dan hasil
pemeriksaan terhadap kereta itu, polis menemui sebuah beg galas berisi
komputer riba, kamera digital dan beberapa telefon bimbit yang
dipercayai barang curi.
Sumer : BERNAMA