Anggota Polis Cedera Dikelar Penagih Ketika Operasi
Seorang anggota polis cedera di lengan kiri setelah dikelar penagih dadah dalam satu operasi yang disertainya di Kuala Kurau, Perak.
Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, suspek yang bergelut dengan Koperal Mansur telah melibas anggota berkenaan dengan kerambit dalam usahanya yang cuba melepaskan diri dari diberkas pihak polis.
Koperal Mansur telah dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk mendapatkan rawatan lanjut sebagai pesakit luar.
Dalam pada itu, operasi tersebut berjaya membongkar kegiatan dadah di kawasan berkenaan dengan tertangkapnya tiga suspek bersama Syabu seberat 6.73 gram, dapur memproses Syabu dan alatan lain untuk memproses dadah.
Sumber: Utusan Malaysia