Anggota Kumpulan 04 Antara Yang Ditahan Di Bukit Mertajam
Bukit
Mertajam, 11 Sept - Tiga anggota Kumpulan 04 antara enam orang yang
ditahan di sebuah rumah di Machang Bubuk di sini awal pagi semalam.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri SAC Mazlan Kesah berkata kesemua
mereka yang berusia antara 18 hingga 29 tahun termasuk seorang wanita
ditahan kira-kira 5.40 pagi.
"Bertindak
hasil risikan dan maklumat awam, sepasukan pegawai dan anggota JSJ
Kontijen Pulau Pinang dan Daerah Seberang Perai Tengah menyerbu rumah
berkenaan dan menahan enam orang itu.
"Hasil
siasatan mendapati tiga daripada mereka merupakan anggota kongsi gelap
Kumpulan 04 dan turut menemui selaras senapang palsu.," katanya kepada
Bernama.
Beliau
berkata pihak polis tidak menolak kemungkinan kesemua mereka terbabit
dengan aktiviti jenayah. Beberapa lagi anggota kumpulan berkenaan sedang
dikesan, katanya.
Sumber : BERNAMA