Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Anda Pernah Nampak Rizal Dan Deros Bantu Kami Kesan Individu Individu Ini

Diterbitkan: 22 May 2018 8.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Tampin, 22 Mei 2018 – Polis sedang mencari dua lelaki berusia 34 tahun dan 50 tahun bagi menyelesaikan kes di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan berkaitan pemerasan pada awal bulan ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/anda-pernah-nampak-rizal-dan-deros-bantu-kami-kesan-individu-individu-ini
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:24 MYT

Tampin, 22 Mei 2018 – Polis sedang mencari dua lelaki berusia 34 tahun dan 50 tahun bagi menyelesaikan kes di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan berkaitan pemerasan pada awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Ramli Kasa berkata, orang ramai yang melihat dan mengetahui lokasi dua lelaki berkenaan diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin di talian 06-4411222/ 06-4411221 atau mana-mana balai polis terdekat.

Menurutnya, polis memerlukan kerjasama orang ramai dalam usaha mengekang kes jenayah dan juga menyelesaikan kes-kes berkaitan.

“Polis sedang mengesan Mohd Rizal Jahimi, 34, yang beralamat di Jalan Seri Paya Rumput 5, Taman Seri Paya Rumput, Masjid Tanah yang mana lelaki ini bagi menyelesaikan kes pemerasan yang dilaporkan di Balai Polis Gemencheh pada awal bulan ini.

“Individu kedua yang kita kesan ialah Mohamad Deros Karim, 50, atau lebih dikenali Jo yang beralamat di Taman Sri Bayu, Alor Gajah juga bagi membantu menyelesaikan kes pemerasan yang dilaporkan di Balai Polis Gemencheh,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini, tadi.

Ramli berkata, kedua-dua lelaki berkenaan dikehendaki atas kes pemerasan duit seorang wanita warganegara Indonesia bernilai ribuan ringgit yang mana diserahkan oleh mangsa di sekitar kawasan Gemencheh sebelum PRU14 lalu.

Sumber: Sinar Harian

ArtikelDiterbitkan 22 May 2018 8.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM