Artikel
Amanita Dan Perkep Meriahkan Sambutan Hari Wanita 2014
Petaling Jaya, 9 September 2014 – “Equality for Women is Progress for All” atau Kesaksamaan Wanita, Kemajuan Untuk Semua” menjadi tajuk pilihan tema bersempena...
AMANITA DAN PERKEP MERIAHKAN SAMBUTAN HARI WANITA 2014
Petaling Jaya, 9 September 2014 – “Equality for Women is Progress for All” atau Kesaksamaan Wanita, Kemajuan Untuk Semua” menjadi tajuk pilihan tema bersempena Sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan Ke-52 yang disambut pada setiap 8 Mac setiap tahun di Sunway Piramid Convention Centre, Petaling Jaya semalam.
Justeru itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Polis Wanita telah mewujudkan satu unit khas dikenali sebagai AMANITA dalam usaha mendapatkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah yang tidak dilapor di kalangan masyarakat terutamanya penekanan terhadap isu kanak-kanak dan kaunseling bagi mengenalpasti permasalahan yang timbul dalam kehidupan.
Majlis yang disempurnakan oleh Pengerusi Bakti, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor merupakan satu daripada inisiatif di bawah “National Blue Ocean Strategy (NBOS)” yang bertujuan menjadikan golongan suri rumah tangga sebagai rakan polis menerusi “Engage Housewives in Neighbourhood Safety” dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di kawasan kejiranan mereka.
Sambutan kali ini turut meraikan pencapaian wanita dari segi sosial, politik dan ekonomi di samping menarik perhatian dunia kepada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mereka di mana PDRM antara contoh pasukan badan berunifom yang sentiasa komited meningkatkan integriti kaum hawa dalam pembentukan sahsiah diri setiap wanita dalam cabaran dunia globalisasi hari ini.
Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Puan Sri Datin Sri Imran Ibrahim, mewakili seluruh kaum wanita dalam PDRM melahirkan rasa bangga terhadap penglibatan kaum hawa dalam pencegahan jenayah selain membentuk sebuah keluarga yang berintegriti dalam setiap cabaran yang sedang dan bakal dihadapi.
Turut hadir meraikan sambutan tersebut antaranya Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Timbalan Pengarah (Pengangkutan/Teknologi Maklumat/Komunikasi/Bangunan) I, Jabatan Logistik, DCP Dato’ Zaleha Ab Rahman, Penolong Pengarah JPJKK (Kepolisan Komuniti) SAC Fatimah Abd Hamid, dan Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli.

Sekitar majlis berlangsung..

Sekitar program ujian stress