Amanat Kpn Perkukuh Modal Insan Integriti Dan Konsep 1 Malaysia
Ketua Polis Negara tegas dalam amanat beliau mahu supaya integriti yang merupakan teras perkhidmatan PDRM ditanam kukuhdi dalam diri setiap individu. Beliau mahu semua pegawai dan anggota memberi sepenuh komitmen dan sentiasa menunjukkan kesungguhan dalam memikul amanah yang dipertanggungjawabkan. Sikap toleransi dan mesra rakyat perlu disemai dan dicambah agar hubungan kedua - dua belah pihak bertaut dengan lebih mesra dan pasti usaha kerjasama yang lebih jitu dapat dilaksanakan. Selain itu, kehadiran pihak polis di kawasan - kawasan yang seringberlaku jenayah dan berada di tempat kejadian dalam waktu yang singkat akan dipertingkatkan agar rasa selamat dan kebolehpercayaan masyarakat terhadapperkhidmatan PDRM semakin menebal.
PDRM akan turut menambahbaik perkhidmatansedia ada supaya ianya dapat memenuhi keperluan dan kehendak semasa. Perasmian balai polis baru di Kubang Pasu dan perancangan untuk membina pusat latihan adalah antara inisiatif - inisiatif untuk menjadikan PDRM sebagai agensi penguatkuasa yang lebih baik dan cemerlang pada masa hadapan.
Menyokong penuh konsep Gagasan 1 Malaysia yang disarankan oleh pucuk pimpinan negara, PDRM bersedia dan akan mempertingkatkan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), RELA, badan bukan kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sendiri dalam mencegah dan membanteras jenayah. YDH KPN menggalakkan semua anggota dan pegawai PDRM mempelajari dan menguasai bahasa kaum - kaum lain di Malaysia selain Bahasa Melayu dan Inggeris. Pendekatan tersebut dilihat dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara polis dan masyarakat selain membuktikan kepada negara luar bahawa rakyat Malaysia adalah bersatu hati dan hidup dalam suasana harmoni.
Amanat YDH Ketua Polis Negara yang berlangsung di Dewan Sultan Hj Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur tersebut telah dihadiri oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah - Pengarah Jabatan, Ketua - Ketua Polis Negeri, Pegawai dan anggota PDRM serta kakitangan awam yang turut memainkan peranan dalam pentadbiran PDRM.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian sijil penghargaan dan pengiktirafan kepada Urusetia dan Initiative Owner NKRA PDRM yang telah bertungkus lumus dan memberi sepenuh komitmen sehingga mencatatkan kejayaan kepada PDRM dengan pengurangan kadar indeks jenayahdi Malaysia bagi tahun 2010 sebanyak 16% dan kadar indeks jenayah jalanan berkurang sebanyak 37%.Pucuk Pimpinan Tertinggi, YDH IGP Tan Sri Ismail bin Haji Omar menyampaikan Amanat sempena tahun baru.
Penerima-penerima sijil terdiri daripada pegawai-pegawai kanan polis, anggota dan kakitangan awam.
Para hadirin kusyuk mendengar amanat yang disampai oleh YDH Ketua Polis Negara.
Penerima-penerima Sijil Penghargaan Urusetia KPN :-
...ACP Mohamad bin Abdul Aziz.
...Supt. Hanison bt Buyong.
...Supt. Dennis Lim Kwang Keng
...DSP Lee Fong Koi
...DSP Kamarudin bin Mat Salleh
...ASP Raub bin Selamat
...ASP Wong Yuen Chuan
...ASP Mohammad Tahir bin Kassim
...Insp. Zolhamli bin Abdul Wahab
...Insp. Mashizan bin Mohd Hashim
...Konst. Azimie bin Abas
...Konst. Mohamed Asyran bin Radzuan
...Puan Noor Farezan bt Faxairurahman
...Cik Roslindayati bt Yaakub
Penerima-penerima Sijil Penghargaan Initiative Owner :-
...SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron.
...ACP Lai Yong Heng
...ACP Anuar bin Othman
...ACP Noraishah bt Zainuddin
...ACP Nahariah bt Hussien
...ACP Zahari bin Ahmad
...ACP Rasdi bin Ramli
...ACP Sasikala Devi a/p Subramanian
...Supt. Goh Kim Hua
...Supt. Othman bin Embong
...DSP Lai Lee Ching
...ASP Normila bt Mohamad
...ASP Zahari bin Abu Samah
Wartawan : F29 Siti Fatimah binti Abdul Manan