Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Amalkan 3k Demi Kemajuan Koperasi Polis Kpn

Published: 09 Jun 2014 8.09 AM Updated: 15 Aug 2026 7.48 PM
Kuala Lumpur - 26 Jun 2008. Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad Ke 73 telah berlangsung di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH), Kuala Lumpur...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/amalkan-3k-demi-kemajuan-koperasi-polis-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:31 MYT

Kuala Lumpur - 26 Jun 2008. Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad Ke 73 telah berlangsung di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH), Kuala Lumpur.

Ketika berucap merasmikan mesyuarat agung itu, YDHTan Sri Dato' Seri Musa Dato Hj. Hassan mengingatkan para ahli lembaga pengarah, jawatankuasa audit dalaman, pihak pengurusan serta kakitangan koperasi dan anak-anak syarikat perlulah menjadikan Keikhlasan, Ketelusan dan Kecekapan (3K) sebagai asas dalam menjalankan tugas, di atas amanah dan kepercayaan yang telah diberikan oleh ahli-ahli Koperasi.

"Kita hendaklah memberikan perkhidmatan dengan penuh keikhlasan. Ahli Lembaga Pengarah yang dipilih atau dilantik mestilah mengutamakan kepentingan ahli koperasi dalam menjalankan tugas. Niat yang terdetik dihati hendaklah dizahirkan dengan keikhlasan menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan", ujar YDH Tan Sri Dato' Seri Musa dengan penuh harapan agar Koperasi akan terus maju.

"Ketelusan merangkumi maksud dalam menjalankan urusan Koperasi hendaklah telus iaitu tanpa ada agenda tersembunyi kerana setiap perbuatan yang dilaksanakan adalah berdasarkan polisi dan peraturan yang telah ditetap dalam Koperasi", tambah YDH Tan Sri Dato' Seri Musa lagi.

"Manakala kecekapan pula merupakan ciri yang amat penting. Apabila digabungkan dengan keikhlasan dan ketelusan, akan dapat meningkatkan prestasi Koperasi ke tahap yang lebih membanggakan".

"Semua pihak yang terlibat mestilah cekap, pantas dan berupaya meningkatkan kemahiran diri sejajar dengan perkembangan global hari ini".

Demikian kata Tan Sri Dato Seri Musa dengan harapan formula 3K yang dinyatakan dijadikan asas kepada semua peringkat urusan dan pengurusan dalam Koperasi.

Pada mesyuarat itu, Dato Mohd Amir Sulaiman Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad telah mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 4% atas modal yuran dan 1% atas modal syer, melibatkan pembayaran berjumlah RM13.26 juta kepada para ahli Koperasi.

Amalkan 3k Demi Kemajuan Koperasi Polis Kpn
Amalkan 3K ..... YDH Tan Sri Dato' Seri Musa Dato Hj. Hassan Ketua Polis Negara merangkap Yang DiPertua Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad mengingatkan kepada para Ahli Lembaga Pengarah Koperasi yang dilantik dan dipilih agar mengamalkan konsep 3K yang disyorkan.

Amalkan 3k Demi Kemajuan Koperasi Polis Kpn
Sikap Keikhlasan, Ketelusan dan Kecekapan hendaklah diamalkan oleh para ahli lembaga pengarah, jawatankuasa audit dalaman, pihak pengurusan serta kakitangan dan anak-anak syarikat koperasi dituntut oleh para ahli Koperasi agar dapat membawa kejayaan dan kemajuan kepada Koperasi.

ArticlePublished 09 Jun 2014 8.09 AMUpdated 15 Aug 2026 7.48 PM