Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Allahyarham Razkan Dinaikkan Ke Pangkat Sarjan

Published: 21 May 2015 1.43 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Allahyarham Koperal Razkan Seran, pengawal peribadi kepada Allahyarham Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis, yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih pada 4 April lalu, kini dinaikkan pangkat Sarjan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/allahyarham-razkan-dinaikkan-ke-pangkat-sarjan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:29 MYT

Allahyarham Koperal Razkan Seran, pengawal peribadi kepada Allahyarham Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis, yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih pada 4 April lalu, kini dinaikkan pangkat Sarjan.

Kenaikan pangkat tersebut sebagai menghargai pengorbanan Allahyarham selain menjamin kebajikan anggota keluarganya terutama dua anak Allahyarham iaitu Nuraqilah Darwishah, 6, dan Ahmad Qais, 2, Ponghargaan berkenaan diterima isteri Allahyarham, Setinurafeni Andu, 30, dalam satu majlis kenaikan pangkat secara posthumous yang disempumakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep), Puan Sri Dato' Imran Ibrahim; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Mohmad Salleh dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato' Jalaluddin Abdul Rahman,

Sumber: Utusan Malaysia
Allahyarham Razkan Dinaikkan Ke Pangkat Sarjan

ArticlePublished 21 May 2015 1.43 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM