
ALASAN
TAK MUNASABAH : Helah seorang pemandu teksi yang mendakwa tidak
mengetahui kereta yang dipandunya membawa sejumlah dadah dan hanya
mengikut arahan seorang wanita bernama Mak Tam ketika memandu kenderaan
tersebut gagal menyakinkan mahkamah untuk membebaskannya daripada
tuduhan mengedar dadah.
Berikutan
itu, hakim telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap
Shahrul Nizam Hamid, 40 selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis
syabu seberat 90.17 gram pada awal tahun lalu.