Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Al Fatihah Timbalan Kpn Ziarah Kebajikan Bapa Kpd Langkawi Yang Meninggal Dunia

Published: 13 Aug 2023 12.55 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 13 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir membuat lawatan kebajikan dengan menziarahi jenazah Allahyarham Hj. Ashari Hj. Abdullah iaitu bapa kepada Ketua Polis Daerah (KPD) Langkawi di Surau An-Nur dekat Taman Cahaya, Seksyen U12 di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/al-fatihah-timbalan-kpn-ziarah-kebajikan-bapa-kpd-langkawi-yang-meninggal-dunia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:14 MYT
Shah Alam, 13 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir membuat lawatan kebajikan dengan menziarahi jenazah Allahyarham Hj. Ashari Hj. Abdullah iaitu bapa kepada Ketua Polis Daerah (KPD) Langkawi di Surau An-Nur dekat Taman Cahaya, Seksyen U12 di sini.

Beliau yang diiringi KPD Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim turut berkesempatan menyertai solat jenazah bersama kariah setempat sebelum mengiringi jenazah ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 untuk disemadikan.

Allahyarham Hj. Ashari meninggal awal pagi tadi di Hospital Avisena Shah Alam kerana sakit jantung dan jangkitan pada paru-paru.

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga ACP Shariman dan mendoakan agar roh ayahanda beliau dicucuri rahmatNya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Mungkin imej 5 orang

Mungkin imej 7 orang dan teks

Mungkin imej 8 orang

Mungkin imej 5 orang

Mungkin imej 6 orang dan teks

Mungkin imej 9 orang dan teks


ArticlePublished 13 Aug 2023 12.55 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM